Assalammualaikum...
Kadang-kadang ada rasa sangat malas untuk pergi ke kelas, surau, panjang angan-angan, lalai dan suka bertangguh. Ada masa juga, diri ini sangat bersemangat untuk melakukan amal-kebajikan, berdakwah dan berlajar bersungguh-sungguh. Bila muhasabah diri, baru lah tahu penyebab utamanya ialah tarikan keimanan dan juga tarikan syaitan. Mu'az bin Jabal berkata:
Kedua-dua tarikan ini memang sudah ditentukan oleh Allah tidak akan berhenti dan akan terus berlaku. Oleh itu, kita sebagai hambanya (orang yang beriman) perlu menyedari dan menyemak diri daripada sifat-sifat takabbur, penyelewengan, kecuaian dan meninggalkan perintah Allah. Bagi menghindarkan diri daripada tarikan syaitan, kita perlulah sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu (pergi ke surau dengar tazkeerah pon dah ok) dan saling nasihat menasihati sesama kita.
Para da'i diluar sana, ingat lah kepada ancaman-ancaman ini dan duduk sebentar beriman sejenak supaya iman kita sentiasa diperbaharui. Tidak dinafikan, ada kalanya seorang da'i itu sendiri tergelincir sedikit daripada landasan yang sebenar. Semua ini adalah berkait rapat dengan hati. Ibnu Rawaahah berkata kepada Abu ad Dardaa'(ra) sambil memegang tangannya:
Bangalore- Semalam pasukan kriket India telah menewaskan Pakistan 29 run dalam ICC World Cup 2011 dan layak ke pusingan akhir menentang Sri Lanka. Malam tadi bunyi mercun selama beberapa minit menunjukan kegembiraan mereka bukan untuk kami, tapi bangga lah juga. ;) Hebat juga India ni. Tahniah! saya tidak tahu bermain kriket, tapi layan je... =)
Eh, yang atas ini tidak ada kena mengena dengan post yang saya nak buat. Baca bawah ni eyh. ;)
إجلس بنا نؤمن ساعة
(Marilah kita duduk untuk beriman sejenak)
Para da'i diluar sana, ingat lah kepada ancaman-ancaman ini dan duduk sebentar beriman sejenak supaya iman kita sentiasa diperbaharui. Tidak dinafikan, ada kalanya seorang da'i itu sendiri tergelincir sedikit daripada landasan yang sebenar. Semua ini adalah berkait rapat dengan hati. Ibnu Rawaahah berkata kepada Abu ad Dardaa'(ra) sambil memegang tangannya:
(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak)
Hati? susah benar untuk menjaga hati kan? maksud berbolak balik daripada isi periuk yang sedang mengelegak ialah suatu masa, hati kita cenderung malakukan amal kabaikan dan suatu masa hati kita sudah terpesong dan tidak mahu melakukan amal kabaikan serta melakukan penyelewengan dalam melakukan ibadah. Memang sungguh menakutkan bila hati kita sendiri telah cenderung kepada sifat-sifat yang tidak sepatutnya. so? jom kita ubat hati kita.
Bagaimana agaknya nak 'renovate and renew' hati kita kan? Biar saya cerita, pertama kita perlu membersihkan hati daripada syirik dengan menguatkan pegangan agama kita dan menundukkan hawa nafsu. Kedua, bersihkan hati kita dengan sifat sombong dengan sifat merendah diri dan tidak melihat diri kita lebih baik daripada orang lain. Ketiga, sentiasa muhasabah diri dan mendampingi orang-orang yang beriman. Membaca Al-Quran dan sentiasa berzikir juga dapat memberikan ketenangan kepada hati. InsyaAllah. Selamat beramal semua! =)
2nd Internal Assessment hanya tinggal beberapa minggu sahaja, persediaan masih kurang. Perlu ketuk kepala sendiri supaya sedar dan belajar sungguh-sungguh. Ikhlas kan diri, insyaAllah ilmu senang masuk. Doakan rakan-rakan 4th batch dan 5th batch supaya kami dapat menjawab dengan jayanya. Amin. =)
wassalam...

1 comment:
moga dipermudahkan tiap urusan, diingatkan yang lupa,di luaskan yang sempit. Bitaufiq wanajah dr rafi :)
Post a Comment