Savanadurga Hills

Assalamualaikum wbt

Savanadurga hills? Akhirnya, cita2 saya tercapai untuk mendaki gunung di bumi Mahatma Ghandi ini. Kalau di Malaysia, gunung-gunung sangat cantik menghijau tapi kat India pula, gunung nya sangat panas dan untuk dapat pokok yang menghijau ada musimnya. Gunung ini telah saya daki 2 kali, trip pertama bersama-sama rakan-rakan sesama batch seramai 10 orang dan trip kedua pula terbuka kepada semua pelajar di IMS, Bangalore ini iaitu seramai 30 orang.

Gunung ini ketinggiannya 1226 m dari paras laut, dan mengambil masa lebih kurang 1-3 jam untuk sampai ke puncak iaitu 5 km daripada base camp. Paling 'menarik' berkenaan gunung ini ialah batu semata-mata dan condong 70' dari awal sampai lah ke puncak. Cuaca yang terik, tiada pokok atau tali untuk dipegan memang menyebabkan ekspidisi ini lebih mencabar.


( seketul batu yang sangat menguji ketahanan fizikal )

Perjalanan ke gunung ini mengambil masa 2 jam sahaja iaitu lebih kurang 70km daripada tempat kediaman kami, setibanya disana kami bersarapan dan memulakan aktiviti 'cave exploration'. Gua nya tidak lah mencabar seperti gua di gunung senyum ketika saya mengikuti ekspidisi di Malaysia. 


( Cave exploration- membawa seramai 30 orang dalam ekspidisi ini bukannya mudah. ;) )


( Cave exploration- rakan-rakan ketika 1st trip )

Seterusnya, aktiviti 'abseiling/repealing' setinggi 70m yang boleh dikatakan mencabar. Menunggu giliran yang lama menyebabkan ada diantara kami yang tidur dan membaca buku. Sangat pelik bila baca buku semasa ekspidisi ni (sangat kagum). Salah satu pengajaran yang saya perolehi semasa ekspidisi ini. =)


( Tengok tu, tekun pulak tu membaca junior saya ni- Jafri )


( Abseiling )

Seterusnya pulang ke base camp untuk makan tengahari sebelum memulakan pendakian ke gunung batu. Pendakian tepat pukul 2.30 dimana matahari tepat diatas kepala. Hanya Allah sahaja betapa panas wktu itu. 
( ini baru dunia ;) )
( Sesi penerangan oleh ketua guide- Mr Dev Balaji )

( Pendakian dimulakan )

Pada awalnya terasa seronok, tapi bila sampai tengah terasa lutuk nak tercabut. Betul-betul menguji kekuatan fizikal dan mental. Pendakian gunung boleh dikatakan lebih mencabar berbanding pendakian gunung tahan ketika saya ikuti ketika di Malaysia. Penat sungguh. 
( Berehat sebentar, letih...)

( 70' condong )

( Lepak sebentar )

Setelah beberapa minit akhirnya sampai ke puncak, semasa 1st trip kami mengambil masa selama 50 minit untuk sampai ke puncak dan 2nd trip selama 1 jam 30 minit. Syukur tidak tehingga bila sampai ke puncak.  Masa paling terpantas untuk mendaki gunung ini ialah selama 27 minit ( orang yang buat nie berlari kot ). 

( Trip pertama )

( Trip kedua )


( Gambar ini terbaik )

Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab masih diberikan kesempatan, tenaga dan tubuh badan yang sihat untuk menamatkan ekspidisi ini. Saya rasa sangat gembira kerana berjaya membawa seramai 30 orang bersama-sama untuk melihat ciptaan-Nya. Melihat pada gunung batu ini, membuatakn saya terfikir betapa kecilnya diri ini sisisi-Nya, belum dibandingkan dengan gunung-gunung yang lain di seluruh dunia seperti gunung 'everest'. Kerdilnya hambamu ini ya Allah. 

Rasa syukur juga bila dapat melaksanakan salah satu 'muwasafat tarbiyah' iaitu sihat tubuh badan (qowiyyul jismi). Semoga dengan kesihatan tubuh badan yang dipinjamkan ini dapat membantu untuk membuat kerja-kerja da'wah dan dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal. Amin. 

Rasulullah saw bersabda:
Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah
(HR. Muslim)

2nd Internal Assessment akan bermula minggu hadapan, banyak sangat perlu dibaca. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin...

Wassalam...












No comments: