Makrifatullah

Mengenali Allah~

Gelap. Hidup ini gelap. Ibarat diam dalam diam, mati dalam mati, kehidupan bertambah sempit sekiranya hati ini tidak pernah terlintas untuk mengenali Al-Khaliq dengan lebih mendalam. Tiada kata - kata yang mampu menyingkap kebingungan jasad dan rohku tentang perasaan ini.

Allahhu Rabbi. Adakah aku sudah mengenaliMu dengan sebenar-benarnya? Selama aku bernafas dengan keizinanMu, aku telah mengabaikan tentang keesaanMu. Sekiranya aku sudah betul-betul mengenaliMu, apakah yang telah aku lakukan pada kehidupanku? Ianya kosong tanpa hadirMu yang mencerah hatiku.

Ya aku ingin mengaku sesuatu, ilmu yang ada di dadaku kering, meskipun akalku masih mampu membezakan yang mana haq dan batil. Aku buta ya Allah, buta mata hati. Jika aku betul - betul mencintaiMu sungguh aku akan usaha untuk mengenaliMu dengan lebih mendalam. Bukan hanya sekadar Allah itu ada dan aku hambaNya. Malah! Ianya lebih dari itu, aku tewas dalam peperangan. Astaghfirullah...

Di dalam kesibukan hari-hariku. Apakah yang telah aku lakukan? Sememangnya hati ini inginkan PenciptaNya. Namun aku sering mengabaikannya kerana leka dengan fantasinya dunia. Apabila kita mencintai seseorang. Kita ingin tahu namanya. Bukan sekadar itu kita ingin tahu kesukaannya dan juga kebenciannya. Tambahan lagi,  kita ingin merapati, mengenalinya dari setiap sudut kehidupan. Taat atas perintahnya jauh dari perkara yang dibencinya.

Jadi kenapa ianya tidak begitu apabila aku memikirkanMu? Adakah dosa - dosaku menjadi hijab kepada nikmatnya merasakan cintaMu. Tidak aku harus lepas dari gari - gari dunia yang merantai aku dari mengenaliMu.

Kerana aku tahu hanya dengan mengenaliMu kan ku gapai nikmatnya mencintaimu. Seperti kata - kata pepatah yang menyingkap fitrah manusia. Tidak kenal, maka tidak cinta. Aku sudah tahu jawapan kepada kefuturan diriku. Aku belum cukup mengenaliMu.

Futur, futur, futur.... Aku harus mulakan langkah sebagai 'ariffin...


No comments: