Assalammualaikum.
*Perlawanan futsal antara batch di IMS ni sudah selesai, letih rasanya.Walaupun pasukan ana tidak layak ke semi-final, tapi ana rasa sangat kagum dan puas dengan semangat sepasukan kami. Biar kalah, yang penting mendapat keredhaanNya. InsyaAllah*
Sedang membuka facebook, ana membaca blog kawan baik ana sendiri yang kini dalam kesusahan diuji olehNya iaitu terlibat dalam kemalangan. Beliau secara tidak sengaja melanggar seorang nenek yang melintas jalan, lalu nenek tersebut telah pergi daripad dunia ini. Tersentuh hati ini membaca blog tersebut. Bagaimana dia nak selesaikan semua hutang tu? dengan hanya diberikan masa 3 bulan beliau perlu melangsaikan hutang sebanyak RM35,000. Wang pampasan untuk bil2 perubatan, membayar wang peguam dan banyak lagi. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya"
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157
Inilah yang dikatakan musibah ataupun ujian yang Allah, sebaik2 cara adalah kembali kepada pencipta kita. Berdoa dan bersabar agar kita tergolong daripada orang-orang yang beriman. InsyaAllah.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". – al-Baqarah (2) : 155
Benarlah ayat suci Al-QURAN diatas, Allah telah menguji sahabat ana dengan perasaan takut, resah dan gelisah memikirkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan segala hutang tersebut. Semoga sahabat ana dapat bersabar dengan ujian berat ini. Mudah-mudahan, amin~
Apa tugas kita? hanya bersimpati tentang apa yang berlaku kepada beliau? di blog tersebut ada cara bagaimana untuk membantu... bantulah seikhlas hati. Jika hari ini kita menolong orang dalam kesusahan, mungkin suatu hari nanti kita dalam kesusahan, ramai orang akan membantu. Allah maha adil! =)
http://hasbineedshelp.blogspot.com/
link2. sebar-sebarkan. Selamat beramal. =)
wasalam.
No comments:
Post a Comment