Assalammualaikum...
Fuhh... fuhh... fuhh2.. Dah abis berabuk dah blog ni, lama x update, maklumlah orang dah nak exam.
'Hari ini main bola, injured kaki, kepala semua.. xpe. yang penting bes! enjoy!'
Dalam kesibukan final exam yang dah x sampai 2 minggu je lagi nie, terasa kehangatan yang teramat bila tengok buku2 yang masih tersusun di atas meja tanpa disentuh. Takut, rasa tidak selesa, stress, penat n macam2 perasaan yang pelik lah semua keluar. Kenapa semua ni mesti terjadi? kenapa perlu takut? argh... pening kepala pikir...
Kadang2 kita tidak terpikir, apa sebenarnya tujuan kita berlajar? adakah untuk exam semata2? ataupun untuk mendapat keredhaaan dari Nya? sama2 kita renungkan... =)
Dalam kesibukan menyelak2 buku, teringat satu hadis...
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Wah! besnya. Sebenarnya kita sedang berjihad. Tetapi...... apa niat kita? betulkah kita menuntut imu untuk mendapat keredhaaNya atau exam?
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Niat! Betulkan niat! Segalanya bemula dengan niat. Kalau niat kita berlajar hanya untuk exam. Silap! Betulkan niat. Dalam mempelajari ilmu, kedoktoran khususnya, ilmu itu perlu sentiasa berada dalam hati kita, macamna nak rawat pesakit kalau ilmu tu x lekat kat kepala? bila ada pesakit datang minta rawatan, adakah kita nak tengok buku dulu, minta izin baca buku dulu? mcam tu ke? tidak... pentingnya ilmu itu, kalau kita menuntut ilmu itu dengan niat ilmu itu kekal dalam diri kita. inshaAllah. Itu yang akan kita dapat. Kalu hanya untuk bersedia menghadapi exam, maka exam sahajalah yang kita dapat. Macam mana nak dapat jihad itu sendiri? Mari renung2 kan bersama... =)
Syukur rasanya, masih diberi peluang olehNya untuk dappat berfikir berkenaan ni. Jika x, mungkin sy akan rasa tertekan kerana lambakan buku untuk dibaca. InshaAllah lepas ni dah x. =)
"kejayaan dengan usaha satu kemenangan
kejayaan tanpa usaha satu kebetulan
kegagalan dengan usaha satu ujian
kegagalan tanpa usaha satu kekalahan"
Ni dapat daripada kawan, die post kat facebook. Sedikit sebanyak menaikkan semangat. sy ingin menekankan ayat ini, 'kegagalan dengan usaha satu ujian'
Bila kita gagal misalnya, apa nak buat? mesti sedih, menangis dan ada yang lebih teruk sanggup tumbuk dinding lagi... Apa maksud semua tu? adakah kita tidak bersyukur dengan apa yang berlaku? kita dah berusaha.. tapi gagal.. cuba berfikir sebentar, bila kita dah bersungguh2 berlajar, sanggupkah Dia untuk beri kita fail? pikir2.. =)
Itu semua ujian Dia. Jika reaksi kita seperti yang sy tulis di atas, apa pula reaksi Dia? jadi Dia tahulah bahawa kita sebenarnya tidak ikhlas dalam menuntu ilmu itu sendiri. Kantoi kn. Jadi, jika kita fail sekalipun, apa yang penting, ilmu yg kita pelajari. Janganlah bersedih tetapi bersyukurlah, kerana Dia masih concern pasal kita dengan memberi ujian. InshaAllah. =)
Kita dah berlajar setiap apa yg diajar, dah berusaha, dan akhirnya, kita berserah semua kepadaNya. Dia lah yg akan menentukan semuanya. InshaAllah. =)
Kini, sy x perlu takut, apa yg perlu sy buat, berlajar, minat semua yg sy berlajar. InshaAllah, kekal ilmu tu sampai bila2. =)
Jadi, betulkan lah niat tu, kepada berlajar kerana exam kepada berlajar kerana keredhaanNya. InshaAllah, berkat ilmu tu. ;)
Ramadhan dah hampir, dah bersedia ke? kita tengok diri masing2. Taulah kita nanti.
Selamat Menghadapi Ibadah Puasa kepada semua. =)
wassalam.
2 comments:
syukran ssangat rafi.....
semoga kita menjadi lebih matang dalam menempuh sekolah hidup.
:D
Post a Comment